Program Mentor Tiny Techies
21 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 April 2025, Ahad, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Program Mentor Tiny Techies yang bermula daripada pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi. Google Meet telah digunakan sebagai platform penyampaian program tersebut. Program ini dihadiri oleh dua orag pelajar sekolah rendah.
Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran teknologi, memupuk kreativiti dan inovasi serta meningkatkan keyakinan untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Porgram ini bukan sahaja meningkatkan minat pelajar terhadap STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), malah turut menggalakkan kreativiti serta kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan mereka.
Semoga program seperti ini dapat menjadi platform bagi pelajar untuk meneroka dunia teknologi dengan lebih mendalam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: